About

Kunyithalia.com yang dimiliki sepenuhnya oleh Merampong Agro Farm adalah penanam dan pembekal Kunyit Hitam untuk pasaran di Sabah khususnya dan Seluruh Malaysia amnya, dengan bekalan yang amat terhad dan di TANAM sendiri.

Kami mula beroperasi secara rasmi sejak tahun 2020 bagi membekal bahan mentah herba tradisional ini ke seluruh Malaysia dan keseluruh dunia bagi membantu pembeli mendapatkannya dengan lebih mudah melalui perkhidmatan secara online dan offline.

Perkhidmatan kami:

  • Menyediakan bahan mentah untuk produk herba tradisional serta moden.
  • Mendapatkan herba segar atau kering seperti dikehendaki.
  • Menyediakan adunan campuran herba warisan turun temurun yang telah terbukti berkesan.
  • Menyediakan perkhidmatan mengadun herba mengikut peratus (%) atau sukatan seperti diminta.
  • Menyediakan perkhidmatan pengeringan herba melalui oven atau kebuk suria.
  • Perkhidmatan mengisar herba menjadi teh atau powder.
  • Perkhidmatan membuat uncang teh herba dan sebagainya mengikut permintaan.
  • Mengurus perkhidmatan membuat ekstrak mengikut nisbah seperti dikehendaki.
  • Mengurus perkhidmatan memasukkan herba atau ekstrak kedalam kapsul.
  • Mengurus perkhidmatan membuat tablet atau pil.


Motto kami:

  • Membantu anda sedaya kami.
  • Memberi perkhidmatan yang mesra, berkualiti dan jujur.
  • Bersikap telus dan tidak sembunyi-sembunyi.
  • Memberi segala maklumat yang ada mengenai perniagaan kami seperti nama syarikat, nama penuh, alamat perniagaan, nombor telefon, email dan akaun bank kami.
  • Senang untuk di hubungi sama ada melalui call, sms, whatapps atau facebook.
  • Mengutamakan cara mudah membeli dengan butang dan petunjuk yang tidak serabut serta memeningkan.
  • Tidak perlu pendaftaran Id dan Password yang menyusah dan menyukarkan pembeli.
  • Berusaha memberikan yang terbaik kepada pelanggan setiap masa.

Slogan kami:

  • Kami berusaha membantu memenuhi permintaan pelanggan sedaya upaya kami sehingga pelanggan berpuashati.
  • Semua produk yang dapati dari kami telah dipastikan selamat digunakan.
  • Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Blog Info

Selain diatas, Kunyithalia.com juga ialah sebuah blog berbentuk info yang memaparkan maklumat serta penulisan tentang alam hijau, kesihatan, info semasa dan yang seangkatan dengannya.

Kami ingin sama-sama mahu berkembang menjadi sebuah platform yang ramai pengunjung dengan produk dan info yang dapat dipercayai serta berinspirasi kepada masyarakat.

Penulis dan penulisan kami akan sentiasa kami tambah baik seiring keperluan pembaca dan rakan kongsi.

Admin
MAF