Friday, January 8, 2021

8 Bunga Hiasan Indoor Yang Cantik Dan Senang Dijaga

Kalau anda baru nak mula buat rumah kelihatan hijau berseri-seri, di sini kami senaraikan pokok hiasan hidup yang anda boleh beli untuk diletakkan di dalam atau luar rumah.

Anda tak perlukan halaman ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah dengan sedikit cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya.

1. Spider Plant

Plant

Kelebihan:
  • Sesuai dalam suhu dingin dan suhu bilik, suka tanah kering dan cahaya matahari.
  • Boleh ditanam secara tergantung.
  • Ketika daun panjang dan kelihatan serabut, potong dan kemaskan sekali-sekala.

2. Snake Plant (Lidah Jin)

Plant

Kelebihan:
  • Tak perlu banyak cahaya.
  • Tahan tanpa air dalam tempoh yang lama.
  • Menyedut karbon dioksida dan melepaskan oksigen pada waktu malam. Sesuai untuk bilik tidur!
  • AWAS: Tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai 'Saponin', yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja (Pusat Racun Negara).

3. Peace Lily

Lily

Kelebihan:
  • Boleh hidup dalam keadaan redup, tahan suhu rendah dan kawasan kering.
  • Pokok kecil yang berbunga, sesuai diletak atas meja atau rak buku!
  • Apabila daun mula layu, itu tandanya masa untuk siram pokok.

4. Fiddle Leaf Fig

Fig

Kelebihan:
  • Pokok dengan daun yang besar dan lebat, batang pokok boleh tumbuh dengan tinggi.
  • Sesuai mengisi ruang rumah supaya nampak 'penuh'.
  • Memerlukan cahaya yang secukupnya.
  • Daun pokok boleh dilap kalau berhabuk.
  • Siram apabila tanah mula kering lebih kurang 1 inci dari permukaan.

5. Aloe Vera (Lidah Buaya)

Aloe Vera

Kelebihan:
  • Senang dijaga, letak dekat cahaya matahari dan kerap siram.
  • Boleh diletak dalam bilik air atau dapur.
  • Potong daun untuk mengekstrak gel aloe vera untuk menolong kulit sembuh dan melegakan kulit yang sunburn.

6. Golden Pothos

Pothos

Kelebihan:
  • Daun yang berwarna-warni dan senang dijaga.
  • Sesuai diletak secara tergantung di tempat tumpuan dalam rumah (ruang tamu, dapur).

7. Chinese Evergreen

Evergreen

Kelebihan:
  • Boleh membesar walaupun kurang cahaya, sesuai diletak di mana-mana saja.
  • Suka udara yang lembap.
  • Kalau bilik kering, sembur daun dengan air atau pasang pelembap udara.
  • Boleh tahan sehingga 10 tahun.

8. Succulent

Succulent

Kelebihan:
  • Bermacam-macam saiz dan berupa seperti kaktus dan tumbuhan mini.
  • Memerlukan cahaya sederhana, jadi letak berdekatan dengan tingkap.
  • Tidak memerlukan banyak air, siram 1 kali seminggu sahaja.

Semoga memberi manfaat.

sumber: propertyguru