Monday, December 14, 2020

Apa Itu Antioksidan Dan Bagaimana Ia Menghalang Bahaya Radikal Bebas?

Antioksidan adalah bahan yang walaupun berkepekatan rendah jika dibandingkan dengan bahan yang boleh dioksidakan, mampu melambatkan secara signifikan atau menghalang terus pengoksidan sesuatu sebatian lain.

Antioksidan

Sebatian yang boleh dioksidakan merujuk kepada semua sebatian molekul yang boleh dijumpai in vivo.

Glutation adalah contoh antioksidan endogenous dan agen detoksikan yang berada pada setiap sel dan perbezaannya hanyalah pada kepekatan yang berbeza sahaja.

Ia terdiri dari tiga asid amino iaitu glysine, cysteine dan glutamine, yang dalam bentuk terturun, GSH, glutation boleh (i) meneutralkan hidrogen peroksida melalui tindakbalas glutation peroksidase dan (ii) bertindak secara bebas dan 'scavenge' radikal bebas oksigen yang didapati dalam berbagai bentuk.

Hasil dari tindakbalas ini, glutation disulfida (GSSG) akan terhasil, tetapi glutation disulfida yang terdapat intrasel ini adalah sitotoksik dan ia boleh ditukarkan semula ke GSH melalui penurunan oleh glutation reduktase (GRD).

Tindakbalas kimia yang melibatkan glutation reduktase boleh menghapuskan hidrogen peroksida dan lipid peroksidase.

Selain dari fungsi GSH sebagai antioksidan, ia juga membantu dalam kitar semula antioksidan lain yang teroksida semasa tindakbalas mereka dalam menghapuskan radikal bebas.

Hasil sampingan dari proses penghapusan radikal bebas oleh antioksidan yang larut air seperti curcumin, vitamin C dan GSH, boleh menyumbang kepada penghasilan α-tocopherol (Srinivas et al., 1992; Constaantinescu et al., 1993; Wefers & Sies, 1988).

Ini dapat dilakukan melalui oleh rantaian tindakbalas antioksidan-antioksidan tersebut (Sen et al., 1994).

GSH juga dikatakan membantu mengembalikan asid askorbik melalui hasil sampingan tindakan pengoksidaan yang terbentuk semasa asid askorbik bertindak dengan metabolit reaktif.

Eritrosit mamalia adalah kaya dengan GSH iaitu lebih kurang 2mM dan kebanyakannya didapati di dalam darah.

Semasa keadaan rehat, lebih kurang 20% dari jumlah keseluruhan glutation (jumlah GSH dan GSSG) yang terdapat dalam darah manusia adalah dalam bentuk teroksida (Evelo et al., 1992: Sen et al., 1994).

Faktor yang menghadkan penurunan GSSG ke GSH adalah aktiviti glutation reduktase itu sendiri dan kandungan NADPH yang ada.

Nisbah kepekatan antara GSSG dan jumlah keseluruhan glutation sering digunakan sebagai indikator tindakbalas redox glutation yang berlaku dalam tisu (Sen et al., 1994; Ji et al., 1993; Viguie et al., 1993).

Untuk meningkatkan pertahanan antioksidan dari ketoksikan radikal oksigen dalam fasa lipid dan akues, penyelenggaraan nisbah glutation kepada GSSG yang optimum adalah penting.

Beberapa usaha untuk mempertingkatkan pertahanan antioksidan dalam tisu telah dikaji seperti memberi dos GSH per se dan juga 'esterified GSH'.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com