Monday, October 5, 2020

Khasiat Pokok Kayu Manis

Kayu Manis atau Ceylon cinnamon, dengan nama saintifiknya Cinnamomum verum, berasal dari Sri Lanka, merupakan rempah ratus tertua yang boleh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 6 meter dan kadang-kadang boleh mencapai ketinggian sehingga 12 meter.

Kayu Manis

Batangnya tegap dengan ukuran diameter antara 30-60 cm. Pokok yang matang mempunyai kulit yang tebal berwarna coklat kelabu.

Pokok ini mempunyai dahan yang rendah dan banyak. Hujung daunnya tirus dengan bahagian pangkalnya adalah bulat dan kadang-kadang sedikit tirus.

TABIAT TUMBUHAN

Pokok ini boleh dijumpai ditanam secara separuh liar di Sri Lanka di kawasan tanah pamah rendah yang lembab sehingga ketinggian 2,000 kaki. Pokok ini juga ditanam di Malaysia. Kayu manis boleh dibiakkan secara bii benih atau keratan.

BAHAGIAN YANG DIGUNAKAN

Kulit dan daun.

AMALAN TRADISI PERAWATAN

Kayu Manis


Khasiat Dan Manfaat Kayu Manis:
  • Tumbuhan ini mempunyai bahan antifungal dan antibakteria.
  • Minyak dari tumbuhan ini mudah meruap dan ianya digunakan untuk mengawal jangkitan kuman dan mengawal tekanan darah rendah.
  • Bahagian kulitnya digunakan untuk rawatan dispepsia (ketidakhadaman makanan), kembung perut, disentri (cirit birit), bronkitis (bengkak pada tiub udara di kerongkong) dan gangren (pereputan tisu) pada paru-paru.
  • Kulit pokok yang diketuk dan dimasak boleh digunakan pada bahagian luar badan dengan cara menuam bagi rawatan bisul yang bernanah.
  • Minyaknya juga adalah mujarab untuk merawat penyakit reumatik yang teruk dan kronik.
  • Kayu manis juga boleh merawat kekejangan urat perut, sakit gigi dan hilang daya gerak pada bahagian lidah serta boleh digunakan untuk rawatan kanser.
  • Di China, kulit pokok dan ranting yang dikeringkan boleh dijadikan rawatan bagi merawat kanser, tekanan darah tinggi dan masalah sakit perut dengan mencampurkan dengan bahan ubatan lain.

Semoga memberi manfaat.

sumber: forestry