Tuesday, October 13, 2020

5 Kesilapan Tanaman Fertigasi Yang Merugikan Petani

Fertigasi adalah gabungan dua perkataan bahasa Inggeris iaitu 'fertilizer' dan 'irrigation' yang mana sistem pembajaan dan pengairan dilakukan secara serentak, adalah teknik penanaman moden yang telah terbukti memberi kesan yang baik kepada tanaman sayuran dan buah-buahan.

Fertigasi

Definasi Fertigasi adalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan.

Kelebihan Sistem Fertigasi:
  • Bekalan nutrient yang seimbang berterusan kepada tanaman.
  • Kawasan atau tanah yang bermasalah dapat dibangunkan dengan menggunakan kaedah penanaman sistem fertigasi.
  • Bebas daripada penyakit bawaan tanah seperti Nematod dan Fusarium.
  • Meningkatkan kualiti dan hasil pengeluaran.

Kelemahan Sistem Fertigasi:
  • Kos permulaan yang tinggi (kos pembangunan) dan memerlukan kemahiran dan pengetahuan khusus.

Walaupun sistem fertigasi kelihatan mempunyai kelebihan dan tanaman lebih sihat serta boleh dikawal dengan lebih mudah, sebarang kesilapan yang dilakukan terutamanya jika kurang pengalaman, ia pastinya bakal merugikan pengusaha.

Berikut adalah 5 kesilapan tanaman fertigasi yang merugikan petani.

1. Penguasaan Ilmu Fertigasi yang Belum Mencukupi

Setiap tanaman fertigasi mempunyai cara penyediaan dan penjagaan yang tersendiri dan sebelum memulakan sesuatu, sebaik-baiknya hendaklah mendapatkan ilmu dan pengalaman daripada usahawan yang telah melalui proses tersebut.

2. Coco Peat Dibiarkan Terdedah

Media seperti coco peat yang tidak habis sebaik-baiknya hendaklah ditutup rapat, bagi mengelakkan daripada tidak ditiup angin dan tempat haiwan seperti kucing dan anjing membuang najis di situ.

3. Guni Media Dilonggokkan Tanpa Lindungan

Guni media seperti sekam padi bakar seharusnya diletakkan secara tersusun di tempat berlindung. Jika tidak, guni-guni tersebut akan cepat mereput kesan daripada cuaca yang tidak menentu.

4. Penggunaan Baja yang Tidak Efisien

Apabila memberi 'makanan' kepada tanaman ia sangat sensitif. Jika terlebih diberikan ia menjadi racun kepada tanaman dan boleh menjadikan tanaman rosak.

Dan begitu juga sebaliknya, jika tanaman kurang mendapat sumber nutrisi ia menjadikan pokok menjadi cacat.

5. Silap Merawat Tumbuhan Berpenyakit

Semburan racun penting sebagai pelindung kepada tumbuh-tumbuhan, akan tetapi merawat tumbuhan yang berpenyakit menyebabkan kerugian yang amat besar.

Setiap penyakit pada tanaman mempunyai racun dan penjagaan tersendiri untuk disembuhkan.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com