Friday, September 25, 2020

Fakta Tanaman Halia Secara Fertigasi

Halia mencapai kematangan selepas lapan hingga sembilan bulan penanaman dan boleh dipungut sebagai halia muda (empat hingga enam bulan) atau halia tua (lapan hingga sembilan bulan).

Halia

Dalam keadaan biasa, setiap rumpun halia akan menghasilkan 2.4 kilogram halia muda manakala bagi halia tua, rizomnya mampu mencecah 5.6 kilogram.

Teknologi penanaman halia secara fertigasi terbukti dapat meningkatkan hasil rizom halia empat sehingga enam kali ganda berbanding dengan penanaman secara konvensional.

INFO HALIA FERTIGASI

Halia ditanam daripada keratan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan dan rizom yang berpenyakit elok dimusnahkan untuk mengelakkan merebaknya penyakit bakteria dan kulat halia.

Rizom-rizom disimpan di tempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk percambahan tunas, kemudian rizom dikerat lima sentimeter panjang dan mempunyai sekurang-kurangnya dua mata tunas.

Anggaran 25 hingga 33 keratan boleh didapati daripada satu kilogram rizom dan keperluan bahan tanaman dianggarkan 1,500 sehingga 2,000 kilogram rizom segar sehektar.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com