Monday, August 17, 2020

Kunyit Dan Halia Detox Buah Pinggang Paling Mudah Serta Berkesan

Buah pinggang atau ginjal merupakan organ penting tubuh yang berfungsi menapis darah dan membuang racun dari dalam badan manusia dan kerana itu sangatlah penting bagi kita menjaga kesihatan ginjal untuk memastikan ia dapat membebaskan racun dengan berkesan daripada tubuh.

Kunyit Halia Detox

Menjaga buah pinggang juga tidak sukar, selain menjaga pemakanan terdapat beberapa jenis herba yang boleh diamalkan bagi tujuan membersih dan menjaga fungsinya agar kekal sihat termasuk mengelak jangkitan dan keradangan.

Paling penting bahan-bahan ini boleh didapati dan mampu dibuat dengan mudah.

Berikut adalah minuman herba yang dapat menjaga kesihatan buah pinggang kita dan boleh diamalkan setiap hari.

1. Air rebusan kunyit

Kunyit mengandungi antioksidan yang dapat melawan inflamasi dan kajian menunjukkan ia dapat menghentikan peradangan terhadap penyakit berkaitan buah pinggang kronik.

Kunyit juga mampu menurunkan tekanan darah yang menjadi penyebab atau faktor risiko penyakit ginjal.

Bagi memberikan rasa enak kepada air rebusan kunyit, anda juga boleh perah lemon atau limau.

2. Air rebusan halia

Air rebusan halia dapat menghilangkan radikal bebas dan mengurangkan peradangan ginjal, menurut kajian dilakukan oleh HHD Research.

Caranya mudah, parutkan halia dan rendam di dalam air panas selama lima minit. Madu juga boleh ditambah sebagai pengganti gula.

3. Jus lemon

Selain dapat membersihkan lemak dan hati, jus lemon juga dapat membersihkan ginjal, kerana kandungan asid sitrik dalam lemon dapat membersihkan sisa-sisa kalsium pada buah pinggang.

Kalsium yang terbentuk itu boleh menjadi bahaya kerana ia adalah permulaan kepada masalah batu karang.

Caranya mudah, hanya perah lemon dan campurkan dengan air sejuk sebelum diminum.

Semoga memberi manfaat.

sumber: mstar