Thursday, July 30, 2020

Khasiat Kunyit Hitam (Kaempreferia Parviflora)

Kunyit Hitam yang akan kami kongsikan infonya kali ini adalah kunyit hitam Kaempferia Parviflora atau lebih tepat dipanggil Halia Hitam atau Black Ginger yang digunapakai dalam penghasilan produk- produk hasil kajian pihak Mardi.

Kunyit Hitam (Kaempferia parviflora)
Kunyit Hitam Thai (Kaempferia parviflora).

Dari segi fizikal, Halia Hitam hampir serupa dengan Kunyit Hitam (Curcuma Caesia), namun bentuk ubinya (rizom) berbeza dan berwarna ungu hitam walaupun saiz seakan-akan sama dan kepekatan warna bergantung kepada tanah.

Di Thailand ianya dikenali dengan nama Krachai Dum dari keluarga Zingiberaceae. Namun begitu di Malaysia halia hitam (Kaempferia Parviflora) biasanya juga dipanggil Kunyit Hitam.

Tumbuhan rizom ini telah digunakan oleh orang dahulu kala sejak zaman berzaman dan banyak kajian dalam perubatan telah menunjukan Halia Hitam ini memberi kebaikan untuk pelbagai penyakit antaranya berkaitan kanser, saraf dan otot.

ANTI KANSER

Bibit Kunyit Hitam Thai (Kaempferia parviflora)

Dimethoxyflavone yang merupakan bahan penting bioaktif fitokimia di dalam halia hitam adalah sehingga 5-7, iaitu satu nilai yang sangat tinggi dan sebab itulah Halia hitam ini sangat hebat kesan khasiatnya kepada kesihatan.

Kajian biasanya menunjukkan kandungan bioaktif fitokimia dalam kebanyakan herba adalah pada nilai 2.

Bioaktif MethoxyFlavone diperlukan oleh tubuh badan kita bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Manakala kandungan Methoxyflavone dalam Halia Hitam boleh mencegah atau merawat kanser. Ia berfungsi untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser terutama sel kanser payudara.

KHASIAT HALIA (KUNYIT) HITAM

Selain antioksidan yang tinggi, manfaat Bioflavonoid Methoxyflavone kepada manusia adalah:
  • Antioksidan.
  • Merendahkan kebarangkalian mendapat sakit kepala/tumor, sakit otot, memberi kekuatan otot dan menaikkan kadar bekalan darah pada sel-sel otak.
  • Menstabilkan hormon yang melancarkan perjalanan haid, tetapi keputusan berbeza bagi setiap individu bergantung pada penerimaan tubuh masing-masing.
  • Mempunyai ciri-ciri antifungal, antiplasmodial (pencegah malaria dan denggi) dan antimicrobial.
  • Mempunyai 'anti-depressant effect' dimana mengurangkan risiko kemurungan.
  • Mencegah keradangan seperti gout, alahan dan ulser.
  • Mencegah alahan.
  • Mencegah gastrik.
  • Mencegah obesiti.
  • Mengelakkan risiko diabetis, merendahkan parah glukos dalam darah.
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Mengurangkan risiko Alzheimer.
  • Menstabilkan bacaan paras gula dalam darah.
  • Meningkatkan stamina tubuh badan.
  • Membantu masalah keletihan dan meningkatkan tenaga.
  • Melancarkan penghadaman.
  • Mengurangkan kadar lemak.
  • Memulihkan kadar sensitif terhadap suhu rendah.
  • Menguatkan otot.
  • Merawat resedung.
  • Membantu mengelakkan dan memulihkan sembelit.
  • Menghalang penyakit jantung.

Mengapa MARDI menjalankan kajian terhadap Halia (Kunyit) Hitam?

Black Ginger Rare Plants
Rizom Halia Hitam (Kunyit Hitam Thai).

Menyedari khasiat dan manfaat kepada kesihatan manusia, pasukan penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakukan kajian terhadap tumbuhan herba tersebut.

Saintis Kanan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi MARDI, Dr Zuraida Ab Rahman berkata, dia memulakan kajian dengan menghasilkan anak benih kunyit hitam dalam kuantiti yang banyak secara kultur tisu berikutan harganya mahal dan sukar diperoleh.

Menurutnya, hasil kajian itu berjaya mengenal pasti kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon.

Katanya, bioaktif methoxyflavon sangat diperlukan oleh tubuh badan bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit.

Menurutnya, dia dan pasukannya melakukan R&D selama lima tahun bagi keseluruhan pembangunan produk bermula daripada penghasilan anak pokok kultur tisu.

Mengulas berhubung pokok kunyit hitam, Dr Zuraida berkata, ciri-ciri tumbuhan herba itu berwarna ungu hitam dan kepekatan warnanya bergantung kepada tanah dan baja digunakan.

Kajian selama dua tahun

Selepas kejayaan penghasilan benih pokok dan penyelidikan terhadap kandungan bioaktif fitokimia dalam kunyit hitam, MARDI bersama syarikat swasta, Black G Sdn Bhd menjalin kolaborasi R&D bagi membangunkan produk berasaskan kunyit hitam.

Dr Zuraida berkata, dia dan pasukannya membangunkan produk itu selama hampir dua tahun bagi menghasilkan ekstrak dan seterusnya produk yang berkualiti.

"Kami melakukan penyelidikan inovasi ini bagi memastikan kandungan bioaktif fitokimia yang merupakan komponen utama di dalam kunyit hitam tersebut tidak hilang ketika proses penghasilan produk.

"Oleh itu, kami menggunakan pendekatan bioteknologi untuk menghasilkan produk ini, agar khasiatnya tidak hilang," ujarnya.

Katanya, produk kunyit hitam ini telah difailkan di bawah MARDI menerusi harta intelek dalaman.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com