Tuesday, June 30, 2020

Mistik Kunyit Hitam

Kunyit Hitam atau nama saintifiknya Curcuma Caesia boleh didapati di utara-timur dan tengah India. Di Malaysia kunyit ini jarang jarang ditemui. Sebab itulah, dalam masyarakat di Malaysia, Kunyit Hitam sering dikaitkan dengan alam mistik.

Daun Kunyit Hitam

Maklumlah, mengikut cerita masyarakat Kunyit Hitam di alam bunian adalah harta kemewahan yang paling berharga, lebih bernilai dari intan berlian dan emas di alam kita. Kunyit Hitam di alam bunian adalah penanda sempadan kekuasaan wilayah bunian.

Kononnya Kunyit Hitam bagi golongan bunian adalah melambangkan kekuasaan dan kesaktian alam bunian. Oleh itu sesetengah orang menggunakan kunyit hitam untuk amalan khurafat tarik duit, mereka membuat pertukaran kunyit ini dengan wang ringgit (ibu duit).

2 Jenis Kunyit Hitam

Kunyit Hitam Curcuma Caesia
Kunyit Hitam (Curcuma Caesia).

Terdapat dua jenis atau lebih dikenali kunyit hitam dua alam. Jenis pertama daunnya berwarna hijau, namun ditengah-tengahnyanya berwarna merah hati coklat. Begitu juga dengan batangnya berwarna merah coklat kehitaman. Jenis ini biasa ditemui.

Satu jenis lagi, daun, batang dan rizomnya berwarna coklat kehitaman atau hitam keseluruhannya. Ini di panggil Raja Kunyit. Ianya sukar ditemui dan dikatakan mempunyai nilai mistik, peliharaan bunian. Wallahu a'lam.

Khasiat Kunyit Hitam

Raja Kunyit Hitam Bunian
Raja Kunyit Hitam Bunian?

Kunyit Hitam mengandungi camphor (28.3%), ar-turmerone (12.3%), (Z)-Ocimene (8.2%), Ar-curcumene (6.8%), 1,8-cineole (5.3%), Elemene (4.8%), Borneol (4.4%), Bornyl acetate (3.3%) dan Curcumene (2.82%).

Ianya bagus untuk merawat pneumonia, batuk, selesema, asma, migraine, merawat racun sengatan ular dan kala jenking, epilepsy, angin angin badan, penyakit kusta dan membuang lemak serta menguruskan badan.

sumber: najlaababy