Wednesday, April 4, 2018

Warga Emas Sembuh Diabetes Tahap 2 Selepas Makan Coklat Gelap Dan Anggur Merah

Seorang warga emas di Bristol, Britain, mendakwa berjaya sembuh daripada penyakit diabetes dengan hanya mengamalkan makan kepingan coklat gelap dan anggur merah sejak dua tahun lalu, lapor MailOnline.

Warga Emas Sembuh Diabetes Tahap 2 Selepas Makan Coklat Gelap Dan Anggur Merah

Terry Kemp, 68, disahkan menghidap diabetes jenis 2 beberapa tahun lalu selepas berat badannya meningkat 101 kilogram (kg).

Dia kemudian memilih corak pemakanan luar biasa apabila mengamalkan satu bar coklat yang mengandungi 85 peratus coklat gelap selain makan anggur merah setiap hari.

“Bayangkan, dalam tempoh dua tahun, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 19 kg dan apa yang mengujakan apabila doktor memaklumkan bahawa saya telah bebas daripada diabetes.

Warga Emas Sembuh Diabetes Tahap 2 Selepas Makan Coklat Gelap Dan Anggur Merah

“Saya tidak mahu memberi harapan palsu kepada pesakit diabetes lain tetapi corak pemakanan itu kelihatan amat sesuai untuk saya,” katanya.

Kira-kira 4.6 juta orang menderita penyakit diabetes di Britain, manakala kira-kira 90 peratus daripada jumlah itu menghidap diabetes jenis 2. -kosmo