Monday, April 30, 2018

Ginjal Aktor Rosak Akibat Suplemen Berlebihan

Bahana pengambilan supplement secara berlebihan, seorang pelakon lelaki terpaksa menanggung sakit apabila kedua-dua belah buah pinggangnya rosak dan tak mampu berfungsi dengan baik.

Ginjal+rosak
Gambar hiasan.

Sumber berkata, pelakon berkenaan yang tidak mahu identiti dirinya didedahkan perlu menjalani pembedahan dalam masa terdekat untuk menggantikan organ terbabit.

Bagaimanapun, pelakon tersebut menangguhkan seketika proses rawatan itu ekoran kos yang terlalu tinggi malah belum menemui penderma yang sesuai.

“Paling tidak pun, saya kena ke India kerana di sana prosedurnya lebih mudah tetapi malangnya, saya belum punya waktu yang sesuai, tambahan pula kosnya agak mahal.

“Saya pun baru dapat tahu mengenai penyakit ini sejak enam bulan lalu tetapi ketika itu saya terikat dengan jadual penggambaran drama yang sangat padat,” katanya dpetik sebuah sumber.

Ujarnya lagi, dia kini akur untuk berulang-alik ke hospital bagi menjalani rawatan hemodialisis selain terpaksa mengamalkan diet pemakanan sihat.

“Sekarang ini, semua makanan saya masak sendiri di rumah. Tak boleh makan makanan bergula atau bergaram,” ujarnya lagi. -m