Tuesday, March 20, 2018

1 Dari 5 Rakyat Malaysia Menghidap Kencing Manis

Seorang daripada lima orang dewasa di negara Malaysia adalah penghidap penyakit kencing manis kerana amalan pemakanan yang tidak sihat dengan pengambilan kadar gula yang sangat tinggi dalam makanan.

1 Dari 5 Rakyat Malaysia Menghidap Kencing Manis

Yang amat membimbangkan, ia meletakkan Malaysia di tangga ke-10 di dunia sebagai penghidap kencing manis mengikut pertubuhan kesihatan sedunia (WHO).

Antara tanda-tanda kencing manis adalah:
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Cepat rasa lelah dan mengantuk
  • Cepat rasa lapar dan dahaga
  • Kerap buang air kecil
  • Ghairah seks menurun
  • Gatal-gatal pada bahagian kelamin
  • Berat badan menurun
  • Nafsu makan bertambah
  • Kebas-kebas

Komplikasi dari kencing manis:
  • Mata kabur
  • Darah tinggi
  • Jangkitan paru-paru
  • Jangkitan kulat pada kulit
  • Luka lambat sembuh
  • Saraf kurang rangsangan
  • Buah pinggang gagal berfungsi
  • Stroke
  • Serangan jantung

Sebahagian dari pesakit akan hilang selera makan hingga menjadikan badan lemah keletihan, juga mengalami kegagalan buah pinggang sehingga dialisis beberapa minggu.

Ada yang yang cedera hingga luka sampai berbau hingga orang sekeliling tidak tahan dengan bau tersebut.

Penglihatan akan terjejas dan menyebabkan sering jatuh.

Simptom ini menyebabkan pesakit diabetes susah untuk menjalani kehidupan seharian.-km