Friday, January 13, 2017

Cara Penyediaan Rebusan Herba Daun Rerama

Rebusan air Daun Rerama mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Rebusan

Bagi uncang teh dun rerama, cuma rendamkan seuncang ke dalam 0.5 liter air panas dan tunggu 20-30 minit. Minum 250ml pagi dan 250ml malam. Baki air disimpan untuk diminum esok dan lusanya.

Cara Merebus Daun Kering Herba Rerama

Daun Rerama

Jika anda membeli daun kering, cara merebusnya adalah seperti berikut;
  1. Ambil segenggam daun rerama (anggaran 50gm).
  2. Basuh 2 ke 3 kali daun rerama sehingga bersih.
  3. Campurkan dengan 3 liter air.
  4. Jerang sehingga air mendidih.
  5. Setelah air mendidih, rebus daun rerama selama 10 minit.
  6. Selepas 10 minit, tutup api dapur.
  7. Tunggu air sehingga suam.
  8. Setelah air suam kelihatan, daun, batang dan akar telah tengelam dan air bertukar menjadi warna hijau.
  9. Setelah suam bolehlah diminum.

Rasanya seperti teh hijau dan lazat diminum semasa suam.

Anda disarankan menyimpan baki air di dalam termos jika tidak habis diminum.

Sebaik-baiknya sebelum minum rebusan daun rerama, hendaklah dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah 3 kali dan selawat ke atas nabi.

Bagi pengguna bukan Islam juga disarankan berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT kerana yang menyembuhkan penyakit bukan sekadar memakan ubat, herba atau makhluk, tetapi Allah SWT.