Friday, January 13, 2017

Khasiat Rerama Hijau Dan Penyakit Kronik Yang Mampu Disembuhkan

Nama saintifik bagi pokok rerama hijau ialah Mariposa Christia Vespertillonis yang erasal dari rantau Asia, yang terdapat dalam pelbagai warna, tetapi hanya warna hijau digunakan untuk perubatan buat masa ini.

Rerama Hijau

Ujian makmal daripada Institut Bioteknologi Melaka pada 2010 menunjukkan daun rerama mengandungi 13 sebatian kimia yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis ubat-ubatan.

Manakala kajian saintifik penyelidik Jabatan Sains Bioperubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM turut berjaya menemui ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan pada tumbuhan berkenaan.

Selain berkesan merawat barah, daun yang bentuknya seperti kepak rama-rama itu boleh mengubati denggi, Sistem Lupus Erithematosus (SLE) dan penyakit lain berkaitan sel darah.

Maklumbalas daripada pengguna yang menghidap masalah radang paru-paru, gout dan jangkitan kuman turut memberi hasil positif.

Daun Rerama Terbukti Sebagai Ikhtiar Menyembuhkan Pelbagai Penyakit Kronik

Rerama

Kandungan daun rerama mampu mengubati pelbagai penyakit khususnya kanser dan SLE kerana mempunyai ciri-ciri anti kanser dan anti keradangan yang lazimnya ada pada kebanyakan penyakit.

Daun rerama juga mampu meningkatkan antibodi badan dan merawat penyakit berkaitan sel darah merah.

Ikhtiar Penyembuhan Semua Jenis Kanser/Barah Termasuk;
  • Kanser payudara
  • Kanser usus
  • Kanser paru-paru
  • Lain-lain kanser

Membantu Menyembuhkan;
  • Kencing Manis
  • Darah Tinggi
  • Gout
  • Masalah Urat Saraf

Membantu Menyembuhkan Penyakit Berkaitan Darah Seperti;
  • Denggi
  • Demam Campak
  • Malaria
  • Anemia
  • Pneumonia

Membantu Menyembuhkan Masalah Perut Seperti;
  • Gastrik
  • Sembelit
  • Cirit Birit
  • Masalah Usus

Sebagai Ikhtiar Menyembuhkan Penyakit;
  • Angin Ahmar
  • Asma
  • Resdung
  • Migrain

Ikhtiar Rawatan Penyakit Belum Ada Penawar
  • Sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit berkaitan darah/kronik yang lain dan masih belum ada ubatnya di dunia seperti Leukemia, SLE, HIV dan AIDS.

Semoga info ini mampu memberikan jawapan kepada persoalan anda.