Friday, January 8, 2021

8 Bunga Hiasan Indoor Yang Cantik Dan Senang Dijaga

8 Bunga Hiasan Indoor Yang Cantik Dan Senang Dijaga

Kalau anda baru nak mula buat rumah kelihatan hijau berseri-seri, di sini kami senaraikan pokok hiasan hidup yang anda boleh beli untuk diletakkan di dalam atau luar rumah.

Anda tak perlukan halaman ataupun balkoni untuk pokok-pokok ini. Cukuplah dengan sedikit cahaya matahari dan siram dengan air secukupnya.

1. Spider Plant

Plant

Kelebihan:
  • Sesuai dalam suhu dingin dan suhu bilik, suka tanah kering dan cahaya matahari.
  • Boleh ditanam secara tergantung.
  • Ketika daun panjang dan kelihatan serabut, potong dan kemaskan sekali-sekala.

2. Snake Plant (Lidah Jin)

Plant

Kelebihan:
  • Tak perlu banyak cahaya.
  • Tahan tanpa air dalam tempoh yang lama.
  • Menyedut karbon dioksida dan melepaskan oksigen pada waktu malam. Sesuai untuk bilik tidur!
  • AWAS: Tumbuhan ini mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai 'Saponin', yang boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan ruam jika dimakan secara tidak sengaja (Pusat Racun Negara).

3. Peace Lily

Lily

Kelebihan:
  • Boleh hidup dalam keadaan redup, tahan suhu rendah dan kawasan kering.
  • Pokok kecil yang berbunga, sesuai diletak atas meja atau rak buku!
  • Apabila daun mula layu, itu tandanya masa untuk siram pokok.

4. Fiddle Leaf Fig

Fig

Kelebihan:
  • Pokok dengan daun yang besar dan lebat, batang pokok boleh tumbuh dengan tinggi.
  • Sesuai mengisi ruang rumah supaya nampak 'penuh'.
  • Memerlukan cahaya yang secukupnya.
  • Daun pokok boleh dilap kalau berhabuk.
  • Siram apabila tanah mula kering lebih kurang 1 inci dari permukaan.

5. Aloe Vera (Lidah Buaya)

Aloe Vera

Kelebihan:
  • Senang dijaga, letak dekat cahaya matahari dan kerap siram.
  • Boleh diletak dalam bilik air atau dapur.
  • Potong daun untuk mengekstrak gel aloe vera untuk menolong kulit sembuh dan melegakan kulit yang sunburn.

6. Golden Pothos

Pothos

Kelebihan:
  • Daun yang berwarna-warni dan senang dijaga.
  • Sesuai diletak secara tergantung di tempat tumpuan dalam rumah (ruang tamu, dapur).

7. Chinese Evergreen

Evergreen

Kelebihan:
  • Boleh membesar walaupun kurang cahaya, sesuai diletak di mana-mana saja.
  • Suka udara yang lembap.
  • Kalau bilik kering, sembur daun dengan air atau pasang pelembap udara.
  • Boleh tahan sehingga 10 tahun.

8. Succulent

Succulent

Kelebihan:
  • Bermacam-macam saiz dan berupa seperti kaktus dan tumbuhan mini.
  • Memerlukan cahaya sederhana, jadi letak berdekatan dengan tingkap.
  • Tidak memerlukan banyak air, siram 1 kali seminggu sahaja.

Semoga memberi manfaat.

sumber: propertyguru

Tuesday, December 15, 2020

Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 Negeri Sabah (RM300)

Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 Negeri Sabah (RM300)

Pemberian Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini adalah bantuan tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah pada 28 Oktober 2020 lalu yang mana penerima layak akan menerima bantuan berjumlah RM300 seorang.

Bantuan Tunai Prihatin

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, bantuan ini akan memberikan manfaat kepada golongan sasar yang terlibat dalam sektor pertanian, pelancongan, pengangkutan, anak yatim, ibu tunggal dan OKU.

TIDAK PERLU MEMOHON

Bantuan ini tidak melibatkan permohonan baharu kerana data penerima diambil daripada pelbagai kementerian seperti Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan lain-lain agensi.

Oleh kerana itu, para pemohon hanya perlu menyemak status mereka sama ada LAYAK menerima Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 atau TIDAK.

Bantuan COVID-19 Sabah

Bantuan Prihatin COVID-19 adalah sebahagian daripada Bantuan COVID-19 Sabah yang diumumkan oleh Ketua Menteri dengan peruntukan keseluruhan sebanyak RM160 juta.

Selain Bantuan Tunai Prihatin COVID-19, kerajaan negeri turut mengagihkan Bantuan Bakul Makanan berjumlah RM34.86 juta melibatkan 169,345 penerima.

Disamping itu, Kerajaan Negeri Sabah juga memberikan bantuan lain seperti pengecualian sewa gerai penjaja dan pengecualian sewa Projek Perumahan Rakyat bermula tiga bulan bermula bulan Oktober hingga Disember 2020.

Semakan Bantuan Tunai Prihatin

Semakan bagi Bantuan Tunai Prihatin COVID-19 ini boleh dibuat melalui langkah-langkah mudah berikut:
Status Keputusan

Penerima yang layak menerima Bantuan Tunai Prihatin ini akan menerima dua bentuk paparan keputusan, sama ada mereka perlu mengambil wang di bank atau wang tersebut terus dikreditkan ke dalam akaun bank.

Contoh paparan bagi penerima yang layak adalah seperti di bawah:
  • Penerima Bantuan PRIHATIN COVID-19:
    • [RM300] Sila tuntut di cawangan Bank Simpanan Nasional berhampiran anda, mulai 23 Nov 2020 (Isnin); atau
    • Pembayaran telah dikreditkan: (SUCCESS 'Tarikh dikreditkan')

  • Namun, pemohon yang tidak layak akan menerima paparan berikut:
    • Pemohon bukan berdaftar dengan Jabatan/Agensi di bawah MAFI; atau
    • Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan DITOLAK: Bukan klien Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
    • Permohonan tidak lulus (JHEWA).
    • Tiada rekod permohonan.
Pertanyaan Lanjut

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai bantuan ini, sila hubungi Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di talian 088-223 536 etx. 236 (Roshidi)/ 236 (Norsafi)/ 250 (Sukari).

Segala pertanyaan berkenaan dengan Bantuan COVID-19 boleh diajukan melalui laman Facebook Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah.

Semoga memberi manfaat.

sumber: sentiasapanas.com

Monday, December 14, 2020

Apa Itu Antioksidan Dan Bagaimana Ia Menghalang Bahaya Radikal Bebas?

Apa Itu Antioksidan Dan Bagaimana Ia Menghalang Bahaya Radikal Bebas?

Antioksidan adalah bahan yang walaupun berkepekatan rendah jika dibandingkan dengan bahan yang boleh dioksidakan, mampu melambatkan secara signifikan atau menghalang terus pengoksidan sesuatu sebatian lain.

Antioksidan

Sebatian yang boleh dioksidakan merujuk kepada semua sebatian molekul yang boleh dijumpai in vivo.

Glutation adalah contoh antioksidan endogenous dan agen detoksikan yang berada pada setiap sel dan perbezaannya hanyalah pada kepekatan yang berbeza sahaja.

Ia terdiri dari tiga asid amino iaitu glysine, cysteine dan glutamine, yang dalam bentuk terturun, GSH, glutation boleh (i) meneutralkan hidrogen peroksida melalui tindakbalas glutation peroksidase dan (ii) bertindak secara bebas dan 'scavenge' radikal bebas oksigen yang didapati dalam berbagai bentuk.

Hasil dari tindakbalas ini, glutation disulfida (GSSG) akan terhasil, tetapi glutation disulfida yang terdapat intrasel ini adalah sitotoksik dan ia boleh ditukarkan semula ke GSH melalui penurunan oleh glutation reduktase (GRD).

Tindakbalas kimia yang melibatkan glutation reduktase boleh menghapuskan hidrogen peroksida dan lipid peroksidase.

Selain dari fungsi GSH sebagai antioksidan, ia juga membantu dalam kitar semula antioksidan lain yang teroksida semasa tindakbalas mereka dalam menghapuskan radikal bebas.

Hasil sampingan dari proses penghapusan radikal bebas oleh antioksidan yang larut air seperti curcumin, vitamin C dan GSH, boleh menyumbang kepada penghasilan α-tocopherol (Srinivas et al., 1992; Constaantinescu et al., 1993; Wefers & Sies, 1988).

Ini dapat dilakukan melalui oleh rantaian tindakbalas antioksidan-antioksidan tersebut (Sen et al., 1994).

GSH juga dikatakan membantu mengembalikan asid askorbik melalui hasil sampingan tindakan pengoksidaan yang terbentuk semasa asid askorbik bertindak dengan metabolit reaktif.

Eritrosit mamalia adalah kaya dengan GSH iaitu lebih kurang 2mM dan kebanyakannya didapati di dalam darah.

Semasa keadaan rehat, lebih kurang 20% dari jumlah keseluruhan glutation (jumlah GSH dan GSSG) yang terdapat dalam darah manusia adalah dalam bentuk teroksida (Evelo et al., 1992: Sen et al., 1994).

Faktor yang menghadkan penurunan GSSG ke GSH adalah aktiviti glutation reduktase itu sendiri dan kandungan NADPH yang ada.

Nisbah kepekatan antara GSSG dan jumlah keseluruhan glutation sering digunakan sebagai indikator tindakbalas redox glutation yang berlaku dalam tisu (Sen et al., 1994; Ji et al., 1993; Viguie et al., 1993).

Untuk meningkatkan pertahanan antioksidan dari ketoksikan radikal oksigen dalam fasa lipid dan akues, penyelenggaraan nisbah glutation kepada GSSG yang optimum adalah penting.

Beberapa usaha untuk mempertingkatkan pertahanan antioksidan dalam tisu telah dikaji seperti memberi dos GSH per se dan juga 'esterified GSH'.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com

Friday, December 11, 2020

Kanser Paru-paru Paling Agresif

Kanser Paru-paru Paling Agresif

Selama beberapa dekad kanser paru-paru menjadi kanser yang paling lazim berlaku di dunia, malah dianggarkan 1.8 juta kes baharu dilaporkan pada 2012, kerap berlaku di kalangan lelaki dan ketiga paling lazim dalam kalangan wanita.

Kanser

Kanser jenis ini juga menjadi punca utama kematian akibat kanser di seluruh dunia dan menyumbang satu dalam setiap lima kematian akibat kanser.

Kadar tertinggi dianggarkan berlaku di Amerika Utara dan Eropah Utara, diikuti Asia Timur. Kadar terendah dicatatkan di Afrika Barat dan Afrika Tengah.

Kanser paru-paru antara kanser manusia yang paling agresif dan pesakit yang masih hidup selepas lima tahun mempunyai kadar kelangsungan hidup sebanyak 10 hingga 15 peratus secara keseluruhannya.

Kadar pesakit kanser paru-paru tahap lanjut atau sudah di tahap empat yang masih hidup selepas lima tahun pula hanya sekitar dua peratus secara keseluruhannya.

Statistik di Malaysia pula menunjukkan 10 penduduk meninggal dunia akibat kanser paru-paru setiap hari.

Kanser paru-paru juga paling dibimbangi berikutan 90 peratus kes kanser ini atau sembilan dalam setiap 10 pesakit didiagnosis menghidap kanser paru-paru peringkat lanjut iaitu tahap tiga dan empat.

Kanser paru-paru terbentuk dalam tisu paru-paru, biasanya dalam sel yang melapisi salur udara.

Dua jenis kanser paru-paru adalah kanser paru-paru bukan sel kecil (NSCLC) yang merangkumi kira-kira 85 hingga 90 peratus kanser paru-paru.

Tiga sub-jenisnya yang utama ialah karsinoma sel skuamus (epidermis), adenokarsinoma dan karsinoma sel besar (tanpa beza).

Bagi kanser paru-paru sel kecil (SCLC) pula merangkumi kira-kira 10 hingga 15 peratus kanser paru-paru. Ia kerap kali bermula dalam bronkus bahagian tengah dada dan biasanya merebak luas ke seluruh badan pada peringkat awal penyakit.

Pilihan rawatan utama bagi pesakit kanser paru-paru bergantung pada peringkat penyakit dan faktor lain.

Antaranya, pembedahan, ablasi frekuensi radio (RFA), terapi sinaran, kemoterapi, terapi bersasar dan imunoterapi.

Bagi kebanyakan pesakit, mereka perlu menjalani lebih daripada satu rawatan berkenaan.

Bagi membantu pesakit kanser paru-paru menjalani rawatan dengan lebih berkesan, Merck, Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn Bhd (MSD) melancarkan Keytruda (pembrolizumab) iaitu satu daripada komponen untuk rawatan gabungan antara imunoterapi dan kemoterapi yang pertama di Malaysia bagi tujuan rawatan kanser paru-paru peringkat lanjut.

Rawatan gabungan ini terbukti dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser paru-paru sebanyak 50 peratus berbanding rawatan kemoterapi semata-mata.

Ia juga diluluskan untuk 14 petunjuk bagi 11 jenis kanser di seluruh dunia dan diluluskan di Malaysia untuk lapan tanda bagi lima jenis tumor, menjadikannya terapi rawatan immuno onkologi yang paling luas di negara ini.

Rawatan ini sudah tersedia untuk pesakit kanser paru-paru NSCLC iaitu jenis kanser yang merangkumi 85 sehingga 90 peratus kes kanser paru-paru.

Gabungannya dengan kemoterapi menjadikannya kaedah rawatan pilihan utama ahli onkologi untuk pesakit yang didiagnosis dengan kanser paru-paru tahap lanjut selepas ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada Oktober 2018.

Kaedah rawatan gabungan yang baharu antara Keytruda dan kemoterapi ini seiring dengan usaha membantu pesakit kanser paru-paru untuk terus bertahan.

Pada 10 hingga 15 tahun lalu, hanya kaedah kemoterapi digunakan bagi merawat pesakit kanser paru-paru.

Penggunaan ubat ini dalam kombinasi rawatan kemoterapi yang boleh mengurangkan separuh risiko kematian, selain memanjangkan tempoh kadar jangka hayat dibandingkan menggunakan kemoterapi saja sekali gus dapat memberikan harapan kepada pesakit dan penjaga mereka.

Simptom kanser paru-paru:
  • Batuk yang semakin teruk atau yang tidak sembuh-sembuh.
  • Sakit dada.
  • Nafas berdehit.
  • Sesak nafas.
  • Batuk berdarah.
  • Rasa letih.
  • Berat badan susut tanpa sebab yang diketahui.
  • Pneumonia yang berulang-ulang ataupun nodus limfa bengkak dalam dada antara paru-paru.
  • Kebanyakan pesakit kanser paru-paru tidak mengalami simptom sehingga kanser itu mencapai peringkat lanjut.
Faktor risiko:
  • Merokok di mana 80 peratus kematian akibat kanser paru-paru disebabkan oleh tabiat merokok.
  • Asap perokok.
  • Radon.
  • Asbestos.
  • Bahan-bahan lain di tempat kerja (seperti bijih radioaktif, bahan kimia atau galian yang disedut dan asap ekzos.
  • Pencemaran udara.
  • Terapi sinaran terhadap paru-paru.
  • Arsenik dalam air minuman.
  • Sejarah kanser paru-paru diri sendiri atau keluarga.
Semoga memberi manfaat.

sumber: hmetro

Monday, December 7, 2020

Khasiat Temulawak Merawat Penyakit Hati (Liver)

Khasiat Temulawak Merawat Penyakit Hati (Liver)

Dalam perubatan herba, temulawak dengan nama saintifiknya curcuma xanthorrhiza, dipercayai sangat berkesan untuk merawat penyakit hati (liver) dengan melindungi liver daripada virus yang menyebabkan jaundice, hepatitis dan beberapa penyakit hati yang lain.

Temulawak

Selain itu, temulawak yang juga merupakan pokok kunyit liar juga digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit seperti:
  • Rheumatik dan kesakitan pada otot.
  • Ubat demam (anti-pyretic).
  • Masalah hati, demam kuning dan penyakit batu karang.
  • Penyakit kulit.
  • Menghilangkan kekejangan dan mengelaknya dari berulang.
  • Merawat buasir dan masalah kerengsaan pada rektum.
  • Merawat masalah sembelit.
  • Berak berdarah (bloody diarrhea) dan disentri.
  • Batuk dan demam pada kanak-kanak.
  • Masalah keputihan dan jangkitan kulat seperti candida albican pada vagina.
  • Penyakit kencing manis.
  • Gastrik dan gas berlebihan.

Kegunaan-kegunaan Lain

Boleh digunakan untuk merawat:
  • Batuk.
  • Sariawan (penyakit mulut & kerongkong).
  • Bronchitis.
  • Jerawat.
  • Keputihan.
  • Gigi Berlubang, gusi bengkak dan pendarahan gusi.
  • Demam berdarah.
  • Bau mulut.
  • Haid tidak teratur.
  • Asma.
  • Radang kerongkong.
  • Luka terbakar.
  • Kudis, kurap kaki.
  • Bisul dan menghilangkan gatal.
  • Sakit mata.

Cara Penggunaan Temulawak

Sebaik-baiknya, isi (rizom) temulawak dikupas, dihiris halus-halus dan dikeringkan terlebih dahulu dengan menjemur di bawah cahaya matahari selama beberapa hari.

Selepas itu, kisar menjadi serbuk halus dan ditambah sebagai perisa dalam masakan atau sup.

Dengan cara ini, khasiat dan manfaat temulawak dapat diperolehi sepenuhnya.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com

Friday, October 30, 2020

Cara Buat Jus Kunyit Hitam

Cara Buat Jus Kunyit Hitam

Kunyit hitam, kaempferia parviflora (black ginger) adalah herba yang mempunyai khasiat tinggi kepada kesihatan manusia untuk mengatasi masalah kesihatan berkaitan kanser, ubat kuat (viagra semula jadi), saraf dan membina otot.

Jus
Contoh produk jus kunyit hitam (black ginger) keluaran MARDI.

Kunyit hitam mengandungi kandungan bioaktif fitokimia yang sangat unik dan sukar didapati di dalam tumbuhan lain iaitu methoxyflavon, yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi membantu mengurangkan serta menghalang terjadinya pelbagai penyakit berbahaya.

Cara Buat Jus Kunyit (Halia) Hitam

Bahan-bahan:
  • 10 gram kunyit (halia) hitam segar.
  • 5 gram asam jawa.
  • 2-3 sudu madu asli.
  • 1.5 liter air.

Cara Membuat:
  • Kisar kunyit hitam sehingga halus.
  • Masukkan kunyit hitam dan asam jawa ke dalam air.
  • Rebus sehingga pekat (tinggal 2/3).
  • Tapis.
  • Tunggu sehingga sejuk/suam.
  • Masukkan madu.

Cara pengambilan:
  • Untuk 10 gram rebusan kunyit hitam, dos minimum dicadangkan ialah 4 gelas (4 bahagian).
  • Minum 1 gelas sehari.
  • Boleh letak ais namun lebih berkesan jika diminum secara suam.
  • Selebihnya boleh simpan di dalam peti sejuk.

Khasiat Kunyit Hitam

Secara ringkasnya, berikut adalah antara khasiat dan manfaat kunyit hitam:

  • Meningkatkan sistem ketahanan badan (menguatkan imun/antibodi).
  • Awet muda.
  • Membantu mengurangkan bacaan urik asid (gout).
  • Menyingkit toksin.
  • Tinggi antioksidan.
  • Menyembuhkan gastrik.
  • Melancarkan pengaliran darah.
  • Mempunyai kesan anti obesiti.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Menstabilkan bacaan penyakit darah tinggi.
  • Membantu mengembalikan tenaga lelaki.
  • Membantu mengawal penyakit berkaitan keradangan.
  • Merawat senggugut dan haid tidak teratur.
  • Merawat keputihan.
  • Menganjal dan mengetatkan vagina.
  • Menguatkan rahim.
  • Menyembuhkan luka dalaman lepas bersalin.
  • Menghilangkan rasa lesu dan kelelahan.
  • Membuang angin dalam badan.
  • Menyembuh resdung.
  • Menyembuh buasir.
  • Merawat masalah sembelit.

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com

Wednesday, October 14, 2020

Khasiat Sayur Terung

Khasiat Sayur Terung

Terung atau brinjal adalah antara sumber makanan jenis sayuran yang sangat popular dan mudah didapati di pasar umum, supermarket, kedai runcit dan gerai-gerai di sekitar kediaman kita, ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum, berasal dari India dan Sri Lanka.

Terung


Terung juga mudah ditanam kerana ia tidak memerlukan kawasan yang istimewa seperti kawasan tanah tinggi atau sebagainya.

KETAHUI KHASIAT TERUNG UNTUK KESIHATAN

1. KAYA ZAT BESI

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, ia membantu anda sihat dan kuat. Tidak kiralah dimasak dengan cara apa sekalipun, dipanggang atau dibuat ulam, ia paling baik untuk kesihatan tulang dan mencegah anemia.

2. RENDAH KALORI

Terung adalah sayur yang rendah kalori dan bebas lemak. Jika ingin berdiet, dengan makan terung anda lebih kenyang sepanjang hari.

3. TINGGI SERAT

Kandungan serat yang tinggi baik untuk membantu sistem penghdaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus.

4. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Terung mengandungi bioflaconoid yang tinggi dan ia baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stres.

Dalam masa yang sama terung membantu menurunkan kadar kolestrol jahat yang berisiko membahayakan jantung.

5. MENCEGAH DIABETES

Terung juga mempunyai serat yang tinggi, rendah lemak dan karbohidrat. Tidak hairanlah ia membantu mencegah anda dari diabetes.

6. TULANG LEBIH SIHAT DAN KUAT

Kandungan kalsium dalam terung boleh menguatkan sendi dan tulang.

7. MAKANAN OTAK

Kandungn nutrisi phyti dalam terung adalah salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh otak. Jadi anda tidak perlu fikir lagi, makan sahaja terung untuk otak yang cergas dan sihat. -rasa

Semoga memberi manfaat.

-Kunyithalia.com